Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 6 petang

SHAH ALAM, 24 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan empat daerah sehingga 6 petang ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Klang serta seluruh Perak.

Keadaan sama juga dijangka di beberapa negeri seperti Kedah di Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera).

Negeri Sembilan pula di Seremban, Port Dickson, Jempol dan Tampin; Melaka (Jasin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Manakala Sarawak di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Marudi) dan Limbang serta Sabah di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Tawau (Lahat Datu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :