AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa Putrajaya, lima daerah di Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 25 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan lima daerah sehingga 7 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut ialah Kuala Selangor, Klang, KUala Langat, Hulu Langat dan Sepang selain seluruh Putrajaya dan Melaka.

Manakala kawasan di negeri lain antaranya Pahang di Lipis, Raub, Jerantut, dan Temerloh; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang) serta Sabah di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Tawau).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :