Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 25 APRIL: Enam daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 10 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

Keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

Manakala Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :