Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lima daerah Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 28 APRIL: Lima daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 4 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan lima daerah tersebut ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :