AGENDANASIONAL

Hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya diramal hingga 9 malam

SHAH ALAM, 28 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Cuaca sama dijangka berlaku di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera) serta Johor (Tangkak dan Muar).

Amaran Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :