Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan jersi Gombak FA untuk Liga Super FAS 2023 di sebuah hotel di Gombak pada 13 Mei 2023. Foto Gombak FA
AGENDASUKANKINI

Gombak FA idam juara Liga Super FAS musim ini, mahu layak ke SCL

SHAH ALAM, 14 MEI: Persiapan rapi dan pemilihan pemain diyakini membantu Gombak FA bergelar juara Liga Super FAS musim ini sekali gus layak ke pentas Selangor Champions League (SCL).

Pengurusnya Ab Rahim Bakar berkata skuad itu diperkuatkan dengan kehadiran beberapa individu yang pernah menyerikan aksi bola sepak negara juga diharap dapat membantu pemain muda.

Menurutnya, pemain terbabit termasuklah Azreen Zulkafali yang pernah menyarung jersi skuad Selangor dan PKNS FC selain dua bekas pemain Kuala Lumpur Muhammad Syazwan Mohamed Rani serta Nur Hakim Adzhar.

Turut membarisi skuad itu bekas pemain Kelantan FA dan Negeri Sembilan Muhammad Izuan Salahuddin.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan jersi Gombak FA untuk Liga Super FAS 2023 di sebuah hotel di Gombak pada 13 Mei 2023. Foto Gombak FA

“Pastinya sasaran juara kerana mahu layak ke SCL, pencapaian terbaik sebelum ini menduduki tempat ketiga dalam peringkat kumpulan.

“Saya yakin ia boleh dicapai dengan persiapan rapi telah dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pasukan itu akan memulakan kempen Liga Super FAS 2023 pada hari ini menentang SIA FC diikuti Sun Rider FC (20 Mei) dan Teleflow FC (28 Mei).

Diletakkan dalam kumpulan A, pasukan itu juga akan berdepan MBPJ FC pada 11 Jun, MPKJ FC (18 Jun), PIB FC (24 Jun), Anak Kalumpang FC (15 Julai) dan MP Klang FC (23 Julai).

Majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Gombak FA disempurnakan semalam oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga Penaung Persatuan Bola Sepak Daerah Gombak.


Pengarang :