Sukarelawan Team Selangor mengumpul minyak masak daripada orang ramai sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023. Foto Team Selangor
PBTSELANGOR

Sertai program kitar semula minyak masak MPS, 100 terawal dapat hadiah

SHAH ALAM, 17 MEI: Orang ramai dipelawa menyertai program kitar semula minyak masak pada 24 dan 25 Mei ini bersempena sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Hari Jururawat.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan program diadakan bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang di lobi bangunan lama MPS.

“Pengunjung bertuah yang membawa minyak masak melebihi tiga kilogram pada hari tersebut akan berpeluang membawa pulang hadiah saguhati,” katanya di Facebook.

Hadiah hanya akan diberi kepada 100 orang terawal yang terdiri daripada guru, jururawat dan golongan ibu.

MPS juga menggalakkan orang ramai menunjukkan tanda sokongan dalam menjaga kelestarian alam dengan menyertai program berkenaan.


Pengarang :