AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di seluruh Selangor, KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 17 MEI : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama turut melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Manakala, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di Sabah iaitu di Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Tawau (Lahad Datu).

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :