Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 22 Mei 2023. Foto Ihsan JBPM Selangor
AGENDAJENAYAH

Tiada unsur jenayah kebakaran bangunan KWSP Jalan Gasing, Petaling Jaya

PETALING JAYA, 23 MEI: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kebakaran bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya masih menunggu laporan forensik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Setakat ini, kita tidak menemui unsur jenayah dalam kes tersebut, kita akan mengambil tindakan selanjutnya setelah menerima laporan forensik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Sinar Harian.

Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 22 Mei 2023. Foto Ihsan JBPM Selangor

Semalam media melaporkan bangunan lama KWSP sekali lagi terbakar selepas kejadian pertama pada Februari 2018.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.39 pagi dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Seramai 20 anggota dikerah ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7, BBP Serdang, BBP Puchong, BBP Pantai Dalam dan BBP Hang Tuah.


Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 22 Mei 2023. Foto Ihsan JBPM Selangor

Bangunan terbakar berkenaan hanya membabitkan tingkat empat dan tingkat lima dan bomba dapat mengawal api jam 11.08 pagi.

Hafisham berkata, bangunan KWSP berkenaan telah dikosongkan sebelum ini dan kini sedang diubah suai.


Pengarang :