Penjaja dan pengusaha restoran di Selangor diwajibkan memakai pelitup muka mulai 1 Januari 2023 bagi mengelak penularan Covid-19 dan mencegah isu keracunan makanan sekali gus menambah keyakinan pelanggan. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Pengusaha makanan dipelawa sertai kursus halal DUN Bandar Utama

SHAH ALAM, 23 MEI: Seramai 50 pengusaha makanan dipelawa menyertai kursus penyediaan makanan halal anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama pada 11 Jun ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata program bermula jam 8 pagi bertujuan mendidik peserta kepentingan menyediakan makanan halal dan bersih.

“Menerusi kursus ini peserta akan diberi pendedahan berhubung konsep halal dan ia tidak terhad kepada sumber yang digunakan itu halal sebaliknya termasuk cara penyediaannya juga perlu halal dan bersih.

“Menariknya, peserta yang mengikuti kursus ini akan diberi sijil Akademi Halal Antarabangsa Malaysia yang diiktiraf daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya ketika dihubungi.

Menurut Jamaliah, program pertama kali itu juga seiring dengan matlamat Kerajaan Selangor yang cakna mengenai pengurusan dan pengendalian makanan halal.

“Sekiranya sambutan memberangsangkan kita akan anjurkan program ini lagi pada masa akan datang dengan skala lebih besar,” katanya.

Peniaga yang berminat perlu mendaftarkan diri dengan mengisi maklumat menerusi pautan http://tinyurl.KursusHalalBU atau imbas kod QR di poster tertera.


Pengarang :