Orang ramai mendapatkan penyata akaun di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Cawangan Shah Alam, Seksyen 15 pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Lebih 76,000 layak mohon pinjaman peribadi melalui Akaun 2 KWSP

SHAH ALAM, 24 MEI: Seramai 150,154 individu membuat permohonan pinjaman menerusi Akaun 2 (FSA 2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak dibuka pada 7 April, kata Timbalan Menteri Kewangan 1.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata 76,018 daripadanya layak memohon pembiayaan peribadi bernilai RM726,318,500 daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Yang layak hanya separuh iaitu mereka berumur 40 hingga 50 tahun bagi fasa pertama,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang bertanya mengenai program pinjaman berkenaan.

Pinjaman berkenan dibuat menerusi program FSA 2, kemudahan bertujuan membantu ahli KWSP membuat pembiayaan daripada institusi perbankan.

Menjawab soalan Hassan mengenai tindakan kerajaan sekiranya KWSP tidak bersetuju membayar pampasan kepada bank sekiranya pencarum gagal membayar balik pinjaman, Ahmad berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

“Jika pembayaran tidak dibuat setiap bulan, pihak bank perlu menunggu umur mereka 50 tahun atau 55 tahun dan barulah KWSP boleh membuat pembayaran,” katanya.


Pengarang :