AGENDANASIONAL

Bekalan air di Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya 9 pagi

SHAH ALAM, 25 MEI: Bekalan air di 99 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor
yang melalui kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam pulih sepenuhnya pada 9 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) merakamkan penghargaan kepada penduduk di kawasan terlibat yang bekerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya di Facebook.

Air Selangor melaksanakan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam pada 22 Mei.

Kerja pembaikan itu membabitkan paip saluran utama berukuran 2,200 milimeter diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar.


Pengarang :