Orang ramai yang hadir mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pagi 31 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDA

Logo, tema Hari Kebangsaan dilancar serentak di tiga lokasi Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 MEI: Orang ramai dijemput memeriahkan majlis pelancaran logo, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 yang diadakan serentak di tiga lokasi pada Sabtu ini, jam 11 pagi.

Tiga lokasi berkenaan ialah Esplanade, Taman KLCC, Kuala Lumpur, MYDIN Petrajaya, Kuching, Sarawak dan 1Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah.

Kementerian Komunikasi dan Digital menerusi Facebook memaklumkan program berkenaan juga boleh ditonton secara langsung menerusi saluran Tv1, RTM.

Orang ramai yang tidak dapat hadir boleh ikuti siaran langsung di Facebook Live Kementerian Komunikasi dan Digital, Jabatan Penerangan Malaysia serta Merdeka360.


Pengarang :