Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada 1 April 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

DUN Hulu Kelang, Morib antara sembilan lokasi jualan murah esok

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 MEI: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang menjual enam barangan asas pada harga murah berbanding pasaran diteruskan ke sembilan lokasi esok bermula 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan lokasi terlibat ialah Taman Air Manis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan Balai Raya Chalet Telok Tongkah (DUN Morib).

Lokasi lain ialah tapak bazar Ramadan AU5C (DUN Hulu Kelang), Dewan Serbaguna MBSJ Seri Serdang (DUN Seri Serdang), padang Jalan Sri Puchong (DUN Kinrara) dan depan Sekolah Kampung Melayu Sungai Buloh (DUN Paya Jaras).

Jualan sama turut berlangsung di Taman Mentari Bandar Mahkota (DUN Banting) dan pekarangan Masjid Ar-Rahman Sungai Pinang (DUN Pelabuhan Klang) dan Taman Seroja (DUN Sungai Pelek).

Produk ditawarkan ialah ayam RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas dan diperluas ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari tahun ini.

PKPS turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena  jualan mega Aidilfitri di 23 lokasi.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS dan Facebook PKPS untuk lokasi jualan.


Pengarang :