Peserta Klinik Asas Bola Sepak Team Selangor termasuk kanak-kanak terlibat dalam program mengutip sampah di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 24 Mei 2023. Foto Instagram selangorfc
AGENSISELANGOR

Team Selangor anjur program kutip sampah, pupuk kesedaran jaga kebersihan

SHAH ALAM, 26 MEI: Lebih 80 peserta Klinik Asas Bola Sepak Team Selangor dari tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat dalam program mengutip sampah (plogging) di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 24 Mei lalu.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata program dengan kerjasama Selangor FC itu salah satu usaha untuk memupuk kesedaran masyarakat supaya menjaga kebersihan stadium.

Peserta Klinik Asas Bola Sepak Team Selangor termasuk kanak-kanak terlibat dalam program mengutip sampah di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 24 Mei 2023. Foto Instagram selangorfc

“Inisiatif ini dilihat sebagai satu permulaan untuk membentuk disiplin dalam kalangan generasi pelapis bola sepak negara terhadap aspek kebersihan yang menjadi perkara asas bagi masyarakat bertamadun,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, pembersihan itu dibuat selepas usai perlawanan di antara Selangor FC menentang Kedah FC pada hari berkenaan.

Terdahulu,Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Ahmad Mughni turut menyempurnakan simbolik pelepasan (flag off) di Dewan MBSA, Sungai Kandis kepada 27 peserta dari Sungai Kandis.

Kanak-kanak turut terlibat dalam program mengutip sampah di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 24 Mei 2023. Foto Instagram selangorfc

Sementara 60 peserta lagi sekitar Petaling Jaya dan Puchong berhimpun di pekarangan stadium.


Pengarang :