Peserta menghadiri temu duga program Jelajah JobCare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

10,000 jawatan kosong tersedia mulai Jun, MB seru manfaat peluang

SHAH ALAM, 30 MEI: Dato’ Menteri Besar mempelawa rakyat Selangor yang ingin mencari pekerjaan untuk menyertai Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) di sembilan daerah mulai Jun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS), yang dianjurkan sejak hujung 2021 menawarkan 10,000 peluang pekerjaan.

“Kira-kira 200 syarikat pelbagai sektor akan menyertai jelajah yang berakhir Disember. Rakyat Selangor yang sedang mencari pekerjaan boleh memanfaatkan peluang keemasan ini,” katanya di Facebook.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), dengan 2,500 individu mendapat kerja dari November 2021 hingga 6 Mei lalu.

Jelajah JobCare adalah inisiatif Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan tinggi yang hilang pendapatan akibat pandemik memperoleh pekerjaan.


Pengarang :