Pihak InfraSel dan MPHS melakukan lawatan tapak awal untuk pemilihan lokasi turapan di sekitar kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa pada 29 Mei 2023. Foto Facebook MPHS
PBTSELANGOR

MPHS laksana program turap jalan rosak kawasan seliaan, babit empat fasa

SHAH ALAM, 30 MEI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor melaksanakan program turapan mega di bawah kawasan seliannya bermula 29 Mei lalu.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata kerja turapan membabitkan kawasan sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

“Program ini merangkumi empat fasa dan pada 29 Mei telah dilakukan lawatan tapak awalan untuk pemilihan lokasi turapan tersebut.

“Fasa pertama projek adalah di Persiaran Sungai Choh. Projek tersebut dilaksanakan oleh pihak Infra Sel Sdn Bhd,” katanya menerusi Facebook.

MPHS juga berharap inisiatif ini dapat memberi keselesaan kepada pengguna jalan khususnya penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan.

Sebelum ini, EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim berkata kerja penurapan dijalankan secara besar-besaran di seluruh negeri ini bermula bulan ini.

Menurut beliau projek melibatkan kos tambahan berjumlah RM50 juta daripada peruntukan tahunan RM500 juta.


Pengarang :