Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 1 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Negeri sedia bantu Putrajaya bangun projek pengangkutan awam

SHAH ALAM, 1 JUN: Selangor bersedia membantu Putrajaya membangunkan projek pengangkutan awam di negeri ini untuk menambah baik kecekapan, sekali gus memanfaatkan orang ramai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha ini menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Ia bertepatan dengan objektif menambah baik kebolehcapaian pengangkutan awam untuk menggalakkan orang ramai beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam dalam RMK12.

“Ia termasuk pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk menambah baik kecekapan pengangkutan awam,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK12 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini hari ini.

Amirudin berkata, kerajaan juga perlu mencari jalan memudahkan pergerakkan rakyat dari rumah ke stesen pengangkutan awam tanpa memerlukan kereta.

“Solusinya memerlukan pelbagai pendekatan. Misalnya, penggunaan bas mini dan van, serta kereta-kereta e-panggilan. On-demand transit merupakan kaedah yang dapat attraction yang agak tinggi dalam kalangan rakyat,” katanya.


Pengarang :