AGENDANASIONAL

Gombak, Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 7 JUN: Dua daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan dua daerah tersebut ialah Gombak dan Hulu Selangor.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :