Oleh DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 8 JUN: Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda tiga daerah di Selangor sehingga 8 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terbabit adalah Gombak, Petaling dan Hulu Langat selain Kuala Lumpur.
Cuaca sama turut diramal di beberapa bahagian di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.