Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua,kiri) pada majlis penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RM1 juta peruntukan ditambah bantu lebih ramai pekerja p-panggilan

SHAH ALAM, 11 JUN: Sejumlah RM1 juta peruntukan ditambah bagi melayakkan lebih ramai pekerja p-panggilan mendapat manfaat Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE).

Dato’ Menteri Besar berkata tahun ini pihaknya menerima hampir 6,000 permohonan menyebabkan ramai pemohon belum menerima bantuan terbabit.

“Untuk tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri terima hampir 6,000 permohonan program RIDE. Jadi kita tambah peruntukan RM1 juta untuk bantu lebih 2,000 pemohon yang belum dapat.

“InsyaAllah Kerajaan Negeri sedaya upaya akan membantu mereka,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Antara pekerja p-panggilan yang hadir
pada majlis penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI

Tahun ini Kerajaan Negeri memperuntuk RM2 juta bagi melayakkan lebih 3,000 pekerja p-panggilan menerima sumbangan wang tunai RM500 serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai RM50.

RiDE diwujudkan pada 2020 selepas Kerajaan Negeri melihat keperluan melindungi pekerja p-panggilan berikutan kebergantungan masyarakat terhadap sektor itu terutama selepas penularan wabak Covid-19.

Pekerja p-panggilan mendaftar untuk mendapatkan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/ SELANGORKINI

Sejak diperkenalkan hingga tahun lalu, 6,500 mendapat manfaat program berkenaan dengan hampir 15,000 pekerja di negeri ini memohon inisiatif terbabit.


Pengarang :