Farah Izzati, 28 (duduk dari diri), Zaiha Othman, 51, Suzana Samsudin,52 dan Nora Musa ,40 menunjukkan kupon bernilai RM5 yang diagihkan kepada mereka bersama Ahli Jawatankuasa JER Siti Zaiton Sahry (berdiri) pada Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas, Kajang pada 12 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Ringan beban penduduk, DUN Sungai Ramal anjur lebih 60 kali jualan murah

Oleh Fhatihah Zakinan

KAJANG, 12 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal melaksanakan sebanyak 65 kali prorgram Jualan Ehsan Rahmah (JER) di 14 lokasi setakat hari ini.

Wakil rakyatnya berkata pihaknya cuba menganjurkan sekerap mungkin program untuk meringankan beban rakyat bagi membeli peluang mereka membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran.

ADN Sungai Ramal Mazwan Johar pada Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas, Kajang pada 12 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Barangan asas di JER sudah cukup murah namun kita ringankan lagi beban golongan B40 ini dengan pemberian baucar diskaun RM5 bagi 100 pengunjung terawal yang hanya diperoleh di DUN Sungai Ramal.

“Ini antara komitmen Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat, sebab itu penganjuran program JER dilanjutkan lagi,” kata Mazwan Johar.

Beliau ditemui pada program JER DUN Sungai Ramal anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang berlangsung di Sungai Tangkas, pagi ini

Sementara itu, wakil PKPS, Amran Ismail berkata, seramai sembilan pekerja mengurus dan membantu mengendalikan pemberian barangan asas kepada pengunjung.

Wakil PKPS Amran Ismail pada program Jualan Ehsan Rakyat (JER) DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas, Kajang pada 12 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Sebanyak 400 ekor ayam, 300 papan telur, 300 bungkus ikan, 300 pek daging dan 300 kampit beras dan 150 pek minyak disediakan, hari ini,” katanya.

JER menjual harga ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Jualan itu berjaya memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor melalui siri jelajah di 693 lokasi sekitar 56 DUN.

PKPS juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri 2023.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

ADN Sungai Ramal, Mazwan Johar melayan seorang penduduk Martini Agus 63, yang datang membeli barangan keperluan dapur pada program Jualan Ehsan Rakyat (JER) DUN Sungai Ramal di Sungai Tangkas, Kajang pada 12 Jun 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

Pengarang :