ADN Kinrara Ng Sze Han bersama wakil-wakil masjid, surau dan agensi kerajaan yang menerima sumbangan lembu dan kambing ibadah korban di Surau Ukasyah BK4, Bandar Kinrara pada 11 Jun 2023. Foto Pusat Khidmat DUN Kinrara
ADNSELANGOR

DUN Kinrara agih 26 ekor haiwan korban sempena Aidiladha

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 14 JUN: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara mengagihkan sebanyak 26 ekor haiwan korban kepada surau, masjid dan agensi kerajaan terpilih sempena Aidiladha.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata simbolik penyerahan diadakan pada 11 Jun lalu di Surau Ukasyah BK4, Bandar Kinrara.

Jelas Sze Han yang juga EXCO kerajaan tempatan sumbangan membabitkan enam ekor lembu dan 20 ekor kambing itu adalah peruntukan daripada Kerajaan Negeri.

“Tahun lalu, sebanyak empat ekor lembu dan 20 ekor kambing telah disumbangkan kepada 21 penerima merangkumi masjid, surau dan persatuan penduduk.

“Untuk kali ini julung kalinya kita memenuhi permohonan agensi bomba dan polis yang telah berusaha membantu rakyat di Kinrara,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum ini mengumumkan sebanyak 300 masjid dan surau  terpilih menerima sumbangan haiwan korban sempena Aidiladha membabitkan peruntukan RM6 juta.


Pengarang :