Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad bersalaman dengan jurulatih Akademi Bola Sepak Hulu Selangor Muhamad Sani Mat Sahak ketika meninjau latihan para pelatih di padang Taman Ehsan Ibu, Sungai Choh, Rawang pada 13 Jun 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

Dana RM3,000 bantu tampung kos pengurusan Akademi Bola Sepak Hulu Selangor

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 JUN: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali memperuntukkan RM3,000 bagi menampung kos pengurusan Akademi Bola Sepak Hulu Selangor.

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata pihaknya juga akan membeli jersi dan seluar untuk 120 pelatih akademi itu.

“Saya juga telah memohon peruntukan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk membina tempat duduk dan pili air di padang Taman Ehsan Ibu, Sungai Choh, Rawang.

“Saya juga harap sokongan pihak korporat bagi membantu pembangunan bola sepak di Hulu Selangor yang mempunyai bakat namun kekurangan fasiliti,” katanya.

Semalam Saifuddin meninjau latihan para pelatih bawah 12 tahun Akademi Bola Sepak Hulu Selangor di padang Taman Ehsan Ibu atas undangan setiausaha akademi Rais Hafizzudin.


Pengarang :