Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ketika menjalankan operasi penguatkuasaan di sekitar Hulu Selangor pada 11 Jun 2023. Foto Facebook MPHS
PBTSELANGOR

MPHS laksana sistem kompaun digital, lancar penguatkuasaan

Oleh AZAMIN AMIN

SHAH ALAM, 15 Jun: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menaik taraf sistem pengurusan kompaun secara digital dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan ketika operasi penguatkuasaan.

MPHS memaklumkan Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) yang berkuat kuasa 1 Februari lalu selaras dengan dasar Kerajaan Negeri ke arah perkhidmatan pendigitalan.

“Sistem ini lebih efektif dan mudah digunakan dengan alat peranti elektronik ‘hand held’ semasa anggota penguat kuasa menjalankan tugas di lapangan bagi pemeriksaan lesen, pengeluaran kompaun dan notis mengikut kesalahan.

“Ianya juga dapat mengurangkan masa semasa tindakan penguatkuasaan di lapangan untuk merekod dan mencetak maklumat secara digital,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sistem itu juga, katanya, memudahkan orang ramai membayar kompaun secara atas talian melalui E-Billing (portal MPHS), PBTpay (KPKT) dan Citizen E-Payment (CEPAT).


Pengarang :