Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun pada 28 Ogos 2022. Foto Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia
AGENDASUKANKINI

Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik tundukan beregu Jepun, mara ke separuh akhir

JAKARTA, 17 JUN: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir di Istora Senayan di sini, semalam pasangan ketiga dunia itu menang straight set 21-10, 21-15 menewaskan beregu Jepun Akira Koga-Taichi Saito dalam tempoh 41 minit.

Ketika ditemui selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka bermain secara tenang dan mengekalkan ‘game plan’ untuk menang.

Menanti di separuh akhir hari ini ialah beregu tuan rumah Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.

Ditanya mengenai peluang mereka pada aksi separuh akhir, Wooi Yik berkata: “Kami perlu meningkatkan fokus kerana di separuh akhir, semua pemain adalah terbaik.

“Pasti tidak mudah untuk semua dan kalau kami tidak bersedia, keputusan pasti tidak akan baik,” katanya.

— BERNAMA


Pengarang :