ADN Permatang Rozana Zainal Abidin merakam kenangan bersama 7 daripada 9 usahawan wanita yang berjaya dari DUN Permatang sehingga kisah mereka dijadikan inspirasi dalam buku ‘9 Wanita Inspirasi Permatang’. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat Permatang terbit buku kisah kejayaan sembilan usahawan wanita

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 JUN: Kejayaan beberapa usahawan wanita melalui inisiatif Kerajaan Negeri memberi inspirasi kepada wakil rakyat Permatang Rozana Zainal Abidin untuk menerbitkan buku bertajuk 9 Wanita Inspirasi Permatang.

Menurut beliau sembilan wanita itu adalah simbolik kepada DUN N09 Permatang yang mana mereka adalah penerima bantuan Kerajaan Negeri seperti Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS), Hijrah Selangor, Blueprint dan ISeed.

“Ramai wanita berjaya mengubah taraf ekonomi dan menjadi usahawan. Mereka juga menjadi contoh kepada masyarakat bahawa usaha dalam memanfaatkan bantuan diberikan mampu mengubah dan meningkatkan taraf kehidupan,” katanya ketika dihubungi.

Rozana berkata lagi inisiatif menerbitkan buku inspirasi itu dapat memberi panduan kepada orang ramai untuk turut sama menjadi usahawan.

“Buku ini saya hasilkan supaya masyarakat menjadikan mereka contoh dan teladan selain dapat agar memanfaatkan bantuan disediakan Kerajaan Negeri untuk mengembangkan perniagaan sama ada secara kecil-kecilan sehingga menjadi usahawan berjaya.

“Setakat ini, kita memang akan menjual buku ini selain ia akan diletakkan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), sebagai bahan bacaan untuk pengunjung,” katanya lagi.

Pada majlis pelancaran buku 9 Wanita Inspirasi Permatang itu, Rozana turut berkongsi kejayaan menerbitkan buku tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama daripada pasukan Universiti Selangor (UNiSEL).

Antaranya Felo Institut Kajian Pilihanraya dan Pemajuan Demokrasi UNISEL Dr Ng Ming Yip, Pengarah Institut Kajian Pilihanraya dan Pemajuan Demokrasi UNISEL Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah Universiti Islam Selangor Prof Madya Dr Hairol Anuar Mak Din dan Muhammad Hariz Hamdan.


Pengarang :