Sudut retro yang terdapat di Perpustakaan Awam Selangor di Sabak Bernam. Foto Facebook Perpustakaan Awam Sabak Bernam
AGENSISELANGOR

Sudut retro tarikan baharu Pustaka Raja Tun Uda

SHAH ALAM, 20 JUN: Sudut retro yang mempamerkan pelbagai jenis barangan tahun 1980-an hingga 1990-an bakal menjadi tarikan baharu di Pustaka Raja Tun Uda di sini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata sudut itu menjadi elemen pendidikan baharu terutama kepada generasi muda mengenai pelbagai barangan era berkenaan.

“Konsep retro ini akan mempamerkan pelbagai jenis barangan antik seperti televisyen lama, telefon, perkakas lama supaya generasi muda tahu bagaimana rupa bentuk barangan dengan fungsi sama yang mereka nikmati pada masa kini.

“Ini semua untuk pendidikan supaya mereka lebih menghargai apa yang kita ada kini,” kata Datin Paduka Mastura Muhamad kepada Selangorkini.

Beliau menambah sudut tersebut ketika ini dipamerkan di Perpustakaan Awam Selangor, Sabak Bernam.

Sebelum ini, Mastura berkata PPAS beriltizam untuk terus menjadi nilai tambah kepada masyarakat dalam usaha membudayakan ilmu seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri yang mengutamakan pendidikan bagi menjana pendapatan.


Pengarang :