Oleh Amirul Fazli
SHAH ALAM, 23 JUN: Seramai 192 anak istimewa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal menerima manfaat di bawah inisiatif Anak Istimewa Selangor (ANIS).
Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata mereka yang terpilih menerima bantuan sekali bayar maksimum RM5000 yang boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian dan pendidikan.
“Selangor menyediakan dasar atau program untuk kanak-kanak termasuklah anak istimewa. Semoga bantuan ini akan meningkatkan keupayaan golongan tersebut.
”Kita perlu menyediakan sistem sokongan kepada anak istimewa. Dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan persekutuan telah memudahkan lagi bantuan ini disalurkan selepas mengenal pasti masalah.yang dihadapi anak istimewa,” katanya kepada Selangorkini.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/06/anis-4-500x375.jpg.webp)
Bantuan khas tersebut diberikan secara sekali bayar dengan had maksimum sehingga RM5,000 bagi satu keluarga dan terbuka kepada anak istimewa berumur 18 tahun ke bawah.
Tujuan utama bantuan untuk meringankan tanggungan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup (makanan tambahan/ubat-ubatan) yang ditanggung ibu bapa atau penjaga.
Insentif itu juga untuk mengurangkan beban ibu bapa atau penjaga yang ingin membeli peralatan khas bagi pemulihan anak-anak istimewa.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/06/anis-2-500x375.jpg.webp)