Penyokong skuad Harimau Malaya berteduh berikutan hujan lebat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan aksi perlawanan bola sepak Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Malaysia menentang Singapura pada 3 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir enam daerah di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 23 JUN: Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal melanda enam daerah di Selangor sehingga 6 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Hulu Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Putrajaya selain beberapa bahagian di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :