Orang ramai membeli barangan promosi Kombo Madani yang dijual secara pakej pada Majlis Pelancaran Jualan Khas Aidiladha Madani peringkat Kebangsaan di tapak pasar tani Stadium Shah Alam pada 25 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Fama anjur Jualan Aidiladha Madani libat 1,800 peniaga, 20 tapak hingga Rabu

SHAH ALAM, 25 JUN: Seramai 1,800 peniaga di Selangor terlibat dengan program jualan khas sempena Aidiladha yang berlangsung semalam hingga Rabu.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berkata peniaga beroperasi di 20 tapak jualan terpilih termasuk pasar tani dan pasar tani kekal.

Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli di Majlis Pelancaran Jualan Khas Aidiladha Madani peringkat Kebangsaan di tapak pasar tani Stadium Shah Alam pada 25 Jun 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Secara keseluruhan Fama miliki 34 tapak di negeri ini namun hanya 20 yang terlibat. kita sasarkan nilai jualan mencecah hingga RM3 juta sepanjang program berlangsung.

“Selain barangan segar seperti ayam, daging dan sayur, peniaga juga menjual keperluan raya antaranya ketupat, rendang, lemang dan kuih muih,” kata Aminuddin Zulkipli.

Beliau ditemui selepas melancarkan program khas Aidiladha Madani Kebangsaan di Pasar Tani Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Sempena Aidiladha ini Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menganjurkan Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha di enam lokasi terpilih.

Program jualan murah itu menawarkan lebih banyak barangan asas termasuk 12,000 ekor ayam dan 6,000 papan telur selain ikan, beras dan minyak masak dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran.

Ayam dijual RM10 seekor, daging pejal beku (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai membeli barangan promosi Kombo Madani yang dijual secara pakej pada Majlis Pelancaran Jualan Khas Aidiladha Madani peringkat Kebangsaan di tapak pasar tani Stadium Shah Alam pada 25 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :