AGENDANASIONAL

Kuala Selangor, Klang diramal ribut petir hingga 2 petang

SHAH ALAM, 26 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat di tiga daerah di Selangor sehingga jam 2 petang ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang selain seluruh Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah dan Perak.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :