Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat haiwan korban serta melakukan gimik perasmian pada program Sumbangan Korban Negeri Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Seksyen 13, Shah Alam pada 3 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

LUAS kongsi panduan urus sisa buangan ladang haiwan korban

SHAH ALAM, 27 JUN: Penternak haiwan korban disaran mengikut tatacara digariskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengurus sisa buangan ternakan bagi mengelak pencemaran sumber air ketika Aidiladha.

Menerusi hebahan panduan menjaga sumber air sempena Raya Haji, LUAS memaklumkan penternak dan peladang perlu memastikan kolam rawatan sisa pepejal dan buangan haiwan berfungsi dengan baik dan sempurna.

“Mereka juga tidak boleh membuang secara terus sisa buangan pepejal haiwan ke dalam longkang atau sungai tetapi perlu menyimpannya di kompos (stockpile) permukaan tidak telap air,” menurutnya di Facebook.

LUAS menambah jika pelepasan sisa buangan haiwan perlu dilakukan, penternak mesti memastikan segala sisa telah dirawat dan proses pelepasan mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Kerjasama daripada semua pihak diperlukan dalam menjamin ketersediaan air mentah di Selangor,” katanya.

LUAS sebelum ini memaklumkan pihaknya mengambil sampel setiap hari di kawasan hulu dan hilir sungai bagi memastikan sumber air tidak berisiko dan tercemar.

Agensi itu turut melakukan rondaan dan pemantauan di lembangan utama sungai negeri iaitu Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang.


Pengarang :