Sebuah premis pusat snuker di Kuala Selangor disita selepas didapati meneruskan perniagaan tanpa lesen. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
PBTSELANGOR

Operasi tanpa lesen, pusat snuker diarah tutup serta-merta

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 27 JUN: Sebuah premis pusat snuker di Kuala Selangor diarahkan tutup serta-merta selepas didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam operasi pada 23 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Mohd Lutfi Mislah Hudin berkata peralatan snuker premis berkenaan turut disita.

“Tiga premis snuker sekitar daerah Kuala Selangor telah diperiksa oleh MPKS dalam operasi bersepadu pusat snuker.

“MPKS mendapati sebuah permis di Jalan Medan Niaga 2 ingkar arahan memberhentikan perniagaan dan tetap meneruskan perniagaan tanpa lesen.

“Akibat daripada itu peralatan disita dibawah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995,”ujarnya ketika dihubungi.

Selain itu, MPKS dengan kerjasama polis Kuala Selangor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menjalankan ujian air kencing ke atas14 individu berumur 20 hingga 45 tahun dan keputusan kesemuanya adalah negatif.

 


Pengarang :