Penjawat awam yang hadir pada majlis perhimpunan bersama Dato’ Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor beri cuti tambahan kepada penjawat awam sempena Aidiladha

SHAH ALAM, 27 JUN: Kerajaan Selangor bersetuju memberi cuti tambahan kepada penjawat awam negeri Jumaat ini sempena Aidiladha.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim berkata kemudahan cuti tambahan itu khusus kepada semua penjawat awam di jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan negeri selaras Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Walau bagaimanapun, badan berkanun, anak syarikat Kerajaan Negeri dan pihak swasta adalah tidak tertakluk kepada arahan ini dan terpulang kepada majikan masing-masing selaras dengan Akta Kerja 1955 (Akta 265),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mewakili pentadbiran Kerajaan Negeri turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penjawat awam dan rakyat Selangor.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini.


Pengarang :