AGENDANASIONAL

Amaran ribut petir di Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga daerah di Selangor sehingga jam 7 malam.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut diramal berlaku di Kedah meliputi Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak; Kelantan (Gua Musang) serta Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun).

Selain itu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sarawak pula meliputi Sibu (Kanowit dan Selangau); Mukah (Mukah); Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong); Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang serta Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan); Pantai Barat, Tawau (Kunak dan Lahad Datu); Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) di Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :