OLEH FHATIHAH ZAKINAN
SHAH ALAM, 30 JUN: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menawarkan jualan penghabisan benih Pisang Raja Seribu yang jarang ditemui pada harga RM100 bagi satu polibeg.
Facebook PKPS Tissue Culture Lab memaklumkan jualan terhad sebanyak 50 polibeg itu boleh didapati di Makmal Kultur Tisu PKPS di Ladang Selangor Fruits Valley, Batang Berjuntai.
“Benih pisang seribu dari makmal kami. Benih dari kultur tisu, pemilihan sulur yang terbaik dari ladang,” katanya.
Pisang Raja Seribu atau nama saintifiknya, Musa chiliocarpa memiliki rupa panjang buah kira-kira dua hingga tiga meter.
Untuk maklumat lanjut boleh pentadbir laman Facebook berkenaan di talian 0123027916.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/06/IMG_20230630_132225-398x500.jpg.webp)