Logo Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)
PBTSELANGOR

Baiki laluan, MPKS lencong sementara jalan di Taman Kelisa

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 1 JULAI: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) akan melaksana kerja pembaikan semula laluan di Jalan Kelisa, Taman Kelisa, Sungai Buloh selama 11 hari mulai Isnin ini.

Justeru laluan berkenaan akan dilencongkan sementara kepada semua kenderaan dengan menyediakan laluan alternatif untuk ke Taman Senohong, Taman Senangin dan Jalan Sasaran.

Kerja pembaikan bermula 3 hingga 14 Julai tertumpu di lokasi lampu isyarat bersebelahan Medan Selera Sungai Buloh, Taman Kelisa.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Kejuruteraan MPKS.

Lakaran peta Jalan Kelisa yang akan dilencong berserta laluan alternatif:


Pengarang :