Pengerusi Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (Kesuke) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ir Zafrul Fazry Mohd Fauzi (berkopiah) dan ahli kelab melapah daging lembu dalam program Korban Kesuke di Pandah Indah, Ampang Jaya pada 30 Jun 2023. Foto Kesuke MPAJ
PBTSELANGOR

Lembu sumbangan parlimen Gombak antara dikorban kakitangan MPAJ

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 JULAI: Empat lembu termasuk seekor yang disumbang parlimen Gombak ditumbang dalam majlis korban kelab kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Pengerusi Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (Kesuke) berkata turut dikorbankan dalam upacara di pekarangan stor MPAJ Pandan Indah adalah dua biri-biri.

Menurut Ir Zafrul Fazry Mohd Fauzi, seramai 150 ahli bergotong-royong menyembelih, melapah dan mengagihkan daging selain memasak sup, daging goreng kunyit dan nasi putih untuk hidangan makan tengah hari.

“Alhamdulillah walaupun hari cuti majlis ini mendapat sambutan daripada ahli-ahli Kesuke. Semoga jalinan ukhuwah dan kerjasama ini akan berkekalan,” katanya ketika dihubungi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad dan Pengerusi Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (Kesuke) membantu memasak sup daging dalam program Korban Kesuke di Pandah Indah, Ampang Jaya pada 30 Jun 2023. Foto Kesuke MPAJ

Zafrul Fazry memaklumkan selain pejabat parlimen Gombak, pejabat Dewan Undangan Negeri Pandan Indah turut menyumbangkan seekor lembu untuk majlis berkenaan.

“Terima kasih Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ir Izham Hashim atas sumbangan yang diberikan,” katanya.

Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad yang juga penaung Kesuke dan Setiausaha MPAJ Julaiha Jamaludin turut menyertai gotong-royong tersebut.


Pengarang :