SHAH ALAM, 1 JULAI: Peniaga musim perayaan atau musim buah-buahan dipelawa memohon modal perniagaan dengan pembiayaan sehingga RM20,000.
Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berkata skim pembiayaan i-Bermusim boleh dimohon menerusi www.hijrahselangor.com dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi pautan i-Bermusim
“Menerusi skim pembiyaan i-Bermusim, Hijrah berjaya membantu ramai usahawan di Selangor untuk mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan,” katanya di Facebook.
Berikut antara syarat kelayakan pemohon:
- warganegara Malaysia
- penduduk atau pemastautin Selangor
- mengundi di Selangor
- berumur 18 hingga 65 tahun
- perniagaan sudah beroperasi
- mempunyai premis perniagaan yang khusus
- salinan lesen/permit perniagaan yang sah
- tiada rekod pembiayaan yang tidak baik dari institusi kewangan atau agensi kerajaan
- terlibat secara langsung dalam perniagaan
- satu pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
Selain i-Bermusim, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari dan i-Agro.
Sejak awal penubuhannya pada 2015, Hijrah sudah menyalur modal niaga bernilai RM749.63 juta membabitkan pelbagai skim pembiayaan yang memanfaatkan 57,492 usahawan seluruh negeri dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.