Penyandang kerusi DUN Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman melapah daging semperna program Korban Perdana Aidiladha DUN Paya Jaras di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 2 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

12 lembu tumbang di program korban perdana DUN Paya Jaras

SHAH ALAM, 2 JULAI: Sebanyak 12 lembu disembelih dalam program Korban Perdana Aidiladha Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras di Saujana Utama di sini hari ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda berkata Kerajaan Selangor menyerahkan 10 ekor lembu manakala dua ekor lembu lagi disumbang Majlis Sukan Negeri (MSN).

“Kebiasaannya kita adakan majlis korban di perumahan flat kerana kita tumpu untuk bantu golongan B40. Namun kali ini kita adakan secara besar-besaran dengan kenduri rakyat.

“Program ini meriah dan kita terima sambutan baik daripada penduduk. Ia juga membantu mengeratkan silaturahim dalam komuniti,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Penyandang kerusi DUN Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman memasak daging semperna program Korban Perdana Aidiladha DUN Paya Jaras di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 2 July 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI

Beliau menambah, lebih 500 petugas termasuk 12 sukarelawan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) membantu aktiviti gotong-royong sejak awal pagi.

Menurutnya, semua daging akan diagih kepada lebih 1,000 penduduk sekitar oleh jawatankuasa persatuan penduduk.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi sumbangan ibadah korban tahun ini dan peruntukan tersebut bertambah berbanding tahun lalu berikutan peningkatan harga lembu daripada RM5,400 kepada RM6,000 seekor.

Pertambahan jumlah lembu korban daripada 660 kepada 700 dan jumlah kambing kekal 1,000 ekor. Menerusi sumbangan itu, setiap 56 Ahli Dewan Negeri menerima empat lembu dan 10 kambing.


Pengarang :