Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) beramah mesra bersama kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ketika mengadakan lawatan di pejabat SSM selepas Perasmian Bangunan Pejabat SSM di Ayer Keroh, Melaka pada 18 Mac 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

SSM kurangkan kompaun sehingga 90 peratus, bantu peniagaan, korporat pulih

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengumumkan inisiatif tambahan pengurangan kompaun bagi menyokong fasa pemulihan perniagaan dan korporat masa ketika ini.

SSM dalam satu kenyataan hari ini berkata inisiatif pengurangan kompaun di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 itu melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90 peratus daripada nilai asal bagi Seksyen 68(2) dan Seksyen 68(3) Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 kepada pemilik Perkongsian Liabiliti Terhad yang telah ditawarkan kompaun dan telah patuh.

Inisiatif tersebut berkuatkuasa mulai 3 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023 dan bakal memanfaatkan 16,765 Perkongsian Liabiliti Terhad.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha SSM untuk mendorong pematuhan perundangan di samping mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia, ia diharapkan dapat membantu komuniti perniagaan dan korporat untuk meneruskan perniagaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar pasca pandemik Covid-19,” katanya.

Pada awal tahun ini, SSM telah mengumumkan lapan inistiatif bagi membantu pemulihan ekonomi negara 2023 termasuk tiga inisiatif pengurangan kompaun.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Panggilan SSM m​elalui talian 03-7721 4000 atau emel ke [email protected].

— BERNAMA


Pengarang :