Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tiga, kanan) merasmikan Projek Mekar sempena majlis pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor (PTRS) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri, Shah Alam pada 18 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Projek beri tuala wanita percuma melalui mesin layan diri bermula

SHAH ALAM, 3 JULAI: Kerajaan Selangor memulakan projek fasa pertama pemberian tuala wanita percuma melalui mesin layan diri.

Dato’ Menteri Besar berkata lima sekolah menjadi perintis dalam inisiatif menangani kemiskinan haid bermula Jun lalu dengan peruntukan RM100,000.

“Projek ini memberi manfaat kepada 100 sehingga 200 pelajar kurang berkemampuan untuk mendapatkan bekalan tuala wanita secara percuma,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pada 18 Jun lalu, beliau memaklumkan projek rintis itu dijalankan selama enam bulan membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tua, Gombak dan SMK (Perempuan) Bukit Kuda, Klang.

Sekolah lain meliputi SMK Kapar, Klang; SMK Putra Perdana, Sepang dan SMK Kuala Selangor.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM200,000 bagi memberdaya kaum wanita termasuk kempen kesedaran serta penyediaan tuala wanita secara percuma.

Peruntukan itu menjadikan Selangor negeri pertama memperkenal program pemberian tuala wanita percuma.


Pengarang :