Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) Kuala Selangor menganjurkan seminar hala tuju pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 6 Julai 2023. Foto Facebook STDC Kuala Selangor
AGENSISELANGOR

Seminar hala tuju pendidikan lepas SPM di STDC Kuala Selangor 6 Julai

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 3 JULAI: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) akan menganjurkan seminar hala tuju pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 6 Julai ini.

Institusi pendidikan teknikal itu memaklumkan seminar yang akan berlangsung di Auditorium STDC Kuala Selangor itu bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Seminar percuma ini khusus untuk pelajar tingkatan 4, 5 dan lepasan SPM 2022.

“Ibu bapa pelajar digalakkan hadir dan sarapan serta makan tengah hari disediakan kepada peserta,” katanya menerusi Facebook.

Menurut STDC seminar akan disampaikan pakar perunding hala tuju pendidikan berpengalaman.

Pelajar yang berminat boleh mendaftar melalui pautan bit.ly/HalaTujuPendidikanSPM.


Pengarang :