Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sumbang KDNK 25.5 peratus, bukti pelan rancangan pembangunan negeri berjaya

SHAH ALAM, 3 JULAI: Sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 25.5 peratus pada tahun lalu membuktikan pelan rancangan serta strategi Selangor membuahkan hasil.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata pencapaian terbabit juga sekali gus menjadikan Selangor sebagai penjana utama ekonomi negara selain dianggap sebagai negeri penting.

EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim ketika sidang media Pameran Udara Selangor 2023 di Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pada 21 Mac 2023.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“KDNK negeri terus meningkat sejak 10 tahun lalu dan sehingga kita kita mampu sumbang satu per empat kepada pelaburan negara. Jauh meninggalkan negeri lain.

“Ini merupakan kejayaan terhadap usaha dan rancangan yang diatur. Strategi digunakan Selangor berjaya hingga memberi kesan positif. Ini kejayaan kita dalam merancangan pembangunan,” katanya ketika dihubungi.

Chang Khim berkata Selangor perlu menggiatkan lagi usaha termasuk meneroka bidang penyelidikan dan pembangunan (RnD) bagi memastikan KNDK terus meningkat.

“Kita tidak lagi boleh bergantung kepada pihak luar yang melabur ke sini sebaliknya kena rancang dan labur terutama RnD. Langkah ini untuk kita sendiri melabur dan tarik pelabur ke Selangor.

“Inilah cabaran yang perlu kita hadapi untuk kembangkan rangkaian nilai. Tidak boleh fokus kepada industri pembuatan sahaja tetapi teroka lagi peluang lain,” katanya.

Sumbangan ekonomi Selangor kepada KDNK meningkat kepada 25.5 peratus pada 2022, bertambah lebih baik daripada 24.8 peratus pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan ekonomi negeri ini juga meningkat sebanyak 11.9 peratus, melebihi pertumbuhan seluruh negara pada kadar 8.7 peratus tahun lalu.


Pengarang :