Oleh SHAMZ JOHAN
SUBANG JAYA, 7 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara membelanjakan RM4 juta termasuk peruntukan Majlis Bandaraya Subang Jaya dari bagi membina dan membaik pulih lebih 27 kemudahan awam sejak 2018.
Penyandang kerusi DUN Kinrara berkata tumpuan diberikan kepada kerja menaik taraf jalan raya termasuk membina laluan baharu dari Bandar Kinrara 5 (BK5) ke Taman Puncak Kinrara (TPK).
EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han ketika sidang media di Jalan Belatuk Bandar Puchong Jaya, Subang Jaya pada 8 Julai 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI”Kita telah menaiktaraf persimpangan Jalan Pipit dengan kos RM400,000 yang memanfaatkan lebih 30,000 penduduk dan pengguna jalan raya, terutama dalam DUN Kinrara.
“Projek pembinaan laluan (Missing Link TPK-BK5) pula sedang dibina dengan kos RM2.8 juta dan dijangka siap hujung tahun nanti,” kata Ng Sze Han.
Beliau ditemui pada Sidang Media di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Bandar Puchong Jaya di sini hari ini. Turut hadir ahli majlis zon 10 MBSJ Ng Seow Chen.
Sze Han yang juga EXCO Kerajaan Tempatan berkata usaha berkenaan diambil bagi memastikan isu trafik di Puchong yang kini pesat membangun segera diatasi.
Beliau menambah, pihaknya turut membina gelanggang bola keranjang di Taman Puncak Kinrara membabitkan kos RM180,000, membaik pulih gelanggang bola keranjang trek jogging dan kemudahan taman permainan di Taman Belatuk ( RM69,500) dan pemasangan lampu solar di Taman Tempua (RM20,00).
Selain itu, pihaknya turut membina laluan pejalan kaki di Jalan Kenari dengan kos RM38,000, pembinaan tempat parkir motosikal di Pangsapuri TKK Fasa A dan Pangsapuri Melur (RM78,000) dan taman permainan kanak-kanak di Taman Tempua (RM60,000).