EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman menyampaikan cek cura berjumlah RM 1,000 kepada Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad Jabat Kilat Malaysia Ustaz Zainuddin Othman sempena majlis Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di Padang Awam Aman Putri, Sungai Buloh, Shah Alam pada 16 Julai 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Guna wang sumbangan Kerajaan Negeri beli alat memanah

SHAH ALAM, 17 JULAI: Sumbangan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,000 bakal dijadikan modal membeli peralatan memanah.

Guru Seni Silat Lincah Paya Jaras Syed Saifullah Syed Mahmud berkata peralatan itu akan memudahkan sesi latihan anak sekali gus membantu anak muridnya lebih mahir memanah.

Guru Silat Lincah Syed Saifullah Syed Mahmud

“Terima kasih atas sumbangan ini. Dalam masa sama kami mohon tapak latihan. Sekarang kami berlatih di dewan milik Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Kalau ada kenduri atau dewan disewa, latihan anak-anak ini terpaksa dihentikan. Ini menyebabkan fokus anak-anak lari,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu Kerajaan Negeri menyumbang RM1,000 kepada aliran perguruan silat Seni Silat Cekak, Silat Lincah, Silat Gayong, Silat Abjad, Silat Hanafi dan Silat Gayong Cula Buaya.

Sumbangan diserah EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman pada majlis Himpunan Perpaduan Silat Melayu Se-Paya Jaras di sini semalam.


Pengarang :