Paparan portal khas yang diperkenal Media Selangor bagi memuatkan perkembangan terkini pilihan raya negeri (PRN). Portal tersebut dilancarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 17 Julai 2023
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Portal khas papar perkembangan PRN Selangor, maklumat kerusi DUN

SHAH ALAM, 17 JULAI: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) memperkenal portal khas yang memuatkan perkembangan pilihan raya negeri (PRN) termasuk keputusan masa nyata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Portal yang boleh dicapai melalui prnselangor.my turut menampilkan ciri lain antaranya maklumat 56 kerusi DUN, statistik dan manifesto parti.

Ia turut dilengkapi fungsi analisis yang memaparkan perbandingan data semua kerusi merangkumi penyandang, jumlah dan demografi pengundi, pola pengundian serta sejarah pilihan raya.

Dibangunkan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), portal itu dilancar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di pejabat Media Selangor pada 10 Julai.

“Portal khas ini bertujuan bukan sahaja untuk menyampaikan berita dan perkembangan terkini PRN tetapi projek perintis kepada pelaporan berdasarkan data dan analisis,” katanya.

Ia boleh diakses bermula 10 Julai, dengan orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat berhubung panduan dan semakan mengundi.

 


Pengarang :