Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir melihat tong sampah baharu yang ditempatkan di jalan utama Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat pada 17 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM ganti tiga tong sampah rosak akibat buang sisa binaan

HULU LANGAT, 17 JULAI: KDEB Waste Management (KDEBWM) menggantikan tiga tong sampah beroda yang rosak disebabkan kegiatan pembuangan sampah secara haram.

Pengarah Urusannya berkata tindakan pantas menggantikan kemudahan di Kampung Jawa Batu 18 di sini bagi memastikan operasi pengutipan sampah tidak terjejas.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir ditemui ketika meninjau tapak pembuangan sampah di Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat pada 17 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Kutipan tetap dibuat mengikut jadual setiap hari tetapi pihak kami mendapati jumlah sampah di kawasan ini hingga lima tan. Kalau tidak cukup penduduk boleh membuat permintaan kepada kami untuk ditambah tong sampah.

“Saya memohon buang sampah sepatutnya dan jangan ada pihak ambil kesempatan dengan meletakkan sisa binaan termasuk buah kelapa,” katanya Dato’ Ramli Mohd Tahir.

Ditemui selepas meninjau tapak pembuangan sampah secara haram di kampung berkenaan, Ramli turut menggesa orang ramai membantu KDEBWM dan pihak berkuasa tempatan untuk melaporkan kegiatan tidak bertanggungjawab itu menerusi aplikasi i-Clean.

Seorang penunggang motosikal melintasi jadual kutipan sisa pepejal di Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat pada 17 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Semua pihak perlu berganding bahu bukan hanya terletak kepada pihak berkuasa kerana kami tidak boleh membuat pemantauan sepanjang masa.

“Penduduk sendiri kalau nampak ada pihak membuang sampah secara haram, boleh ambil gambar dan video dengan salurkan aduan melalui aplikasi i-Clean Selangor dan semua laman media sosial KDEBWM,” katanya,

Selain itu, Ramli turut menyeru penduduk dan peniaga menguruskan sampah dengan baik bagi memudahkan KDEBWM menjalankan tugas selain memastikan kawasan persekitaran bersih.

 


Pengarang :