Suasana sekitar Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 18 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Karnival Kerjaya bantu 20,000 individu dapat kerja pelbagai sektor

SHAH ALAM, 18 JULAI: Kira-kira 20,000 individu mendapat pekerjaan di pelbagai sektor menerusi penganjuran Karnival Kerjaya sejak 2019.

EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata ia meliputi pekerjaan am sehingga taraf profesional sama ada di syarikat swasta mahupun agensi kerajaan.

“Jumlah ini direkodkan sejak penganjuran kali pertama pada 2019 hingga yang terakhir pada Jun. Berpuluh ribu individu sertai program ini untuk mencari kerja.

EXCO Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berucap pada program Karnival Kerjaya Mega Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 18 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Setakat ini setiap sesi penganjuran juga mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk syarikat besar dan ternama antaranya Proton, DRB Hicom dan Puncak Niaga Sdn Bhd,” katanya kepada SelangorKini.

Mohd Khairuddin berkata inisiatif Kerajaan Negeri itu membantu kadar pengangguran Selangor sentiasa bawah empat peratus dengan suku pertama tahun ini pada 2.6 peratus.

“Teori ekonomi hanya benarkan pengangguran bawah empat peratus untuk pastikan penjanaan ekonomi dan kerja sentiasa ada.

“Selain Karnival kerjaya, Selangor turut menganjurkan Selangor Kerjaya kendalian Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI serta Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor,” katanya.

Bermula tahun lalu Kerajaan Negeri menganjurkan Karnival Kerjaya Mega melibatkan lebih 100 syarikat antaranya sektor F&B (makanan dan minuman), perkhidmatan, automotif, pendidikan serta perhotelan dan pelancongan.


Pengarang :